BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, February 27, 2012

19 Peringatan dan Amaran Kepada Wanita..=)


1. Pertama urusan yang ditanyakan pada hari akhirat nanti ialah mengenai solat dan mengenai urusan suaminya (apakah ia menjalankan kewajibannya atau tidak).
2. Apabila lari wanita dari rumah suaminya tidak diterima solatnya sehingga kembali ia dan menghulurkan tangannya kepada suaminya (meminta ampun).

3. Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi agar mereka tercium bau harumnya maka dia adalah perempuan zina dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina.

4. Sebaik-baik wanita ialah tinggal di rumah, tidak keluar kecuali atas urusan yang mustahak. Wanita yang keluar rumah akan dipesonakan oleh iblis. Sabna Nabi s.a.w. : Perempuan itu aurat, maka apabila ia keluar mendongak syaitan memandang akan dia.

5. Haram bagi wanita melihat lelaki sebagaimana lelaki haram melihat wanitayang halal nikah kecuali dalam urusan menuntut ilmu dan berjual beli).

6. Diriwayatkan bahawa pada suatu hari ketika Rasulullah s.a.w. bersama isteri-isterinya (Ummu Salamah r.ha. dan Maimunah r.ha.), datang seorang sahabat yang buta matanya (Ibnu Maktum) Rasulullah s.a.w. menyuruh isteri-isterinya masuk ke dalam. Bertanya Ummu Salamah, “Bukankah orang itutidak dapat melihat kami, Ya Rasulullah ?” Rasulullah s.a.w. menjawab,”Bukankah kamu dapat melihatnya.”

7. Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaan berhias (bukan untuk suami dan mahramnya) adalah seumpama gelap-gelita pada hari Qiamat tiada Nur baginya.

8. Mana-mana wanita yang bermasam muka menyebabkan tersinggung suaminya,maka wanita itu dimurkai Allah sehingga ia bermanis muka dan tersenyum mesra pada suaminya.

9. Tidak boleh seorang isteri mengerjakan puasa sunat kalau suaminya ada dirumah serta tidak seizinnya dan tidak boleh memasukkan seseorang lelaki ke rumahnya dengan tidak seizin suaminya.

10. Hendaklah isteri berpuas hati (redha) dengan suaminya yang telah dijodohkan oleh Allah, samada miskin atau kaya.

11. Perempuan tidak berhak keluar dari rumahnya melainkan jika terpaksa (kerana sesuatu urusan yang mustahak) dan ia juga tidak berhak melalui jalan lalu lalang melainkan ditepi-tepinya.

12. Apabila memanggil lelaki akan isterinya ke tempat tidur tetapi ditolaknya hingga marahlah suaminya, akan tidurlah wanita itu dalam laknat oleh malaikat ke pagi.

13. Wanita-wanita yang menggunakan lidahnya untuk menyakiti hati suaminya,ia akan mendapat laknat dan kemurkaan Allah, laknat malaikat juga laknat manusia sekalian.

14. Tidak harus seseorang manusia sujud kepada manusia dan jika diharuskan,maka akan aku perintahkan semua kaum wanita sujud pada suaminya kerana membesarkan dan memuliakan hak-hak suami mereka.

15. Wanita yang menyakiti hati suaminya dengan lidahnya pada hari Qiamat nanti Allah jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta kemudian diikat kebelakang tengkoknya.

16. “Aku lihat api neraka, tidak pernah aku lihat seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakkan ahli neraka ialah wanita.” Rasulullah s.a.w. ditanyai, “Mengapa demikian Ya Rasulullah?” Jawab Rasulullah s.a.w. “Wanita mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan ehsannya. Jika engkau berbuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia masih belum rasa berpuas hati dan cukup.”

17. “Kebanyakkan ahli neraka adalah terdiri dari kaum wanita.” Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka, “Mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir ?” Jawab Nabi s.a.w. “Tidak, mereka ini ialah mereka yang tidak bersyukur akan nikmat suaminya, sesungguhnya tiap-tiap seorang kamu adalah dalam nikmat suaminya.”

18. Keadaan wanita 10 kali ganda seorang lelaki di dalam neraka dan 2 kali ganda seorang lelaki di dalam syurga.

19. “Kebanyakkan wanita itu adalah isi neraka dan kayu api.” Hazrat Aishah bertanya, “Mengapa wahai Rasulullah s.a.w.?” Jawab Rasulullah s.a.w. :

Dara,,Bukan Ukuran Kesucian Gadis..


Bagi lelaki yang bujang di luar sana, pasti mereka inginkan gadis yang masih darah untuk menjadi teman hidup mereka. Walaupun mereka bukanlah sebaik mana tetapi sentiasa mengharapkan pasangan mereka yang terbaik dalam dunia ini. Tidak salah jika memilih begini namun dara sebenarnya bukan ukuran sebenar kesucian seorang gadis.

Banyak lagi yang perlu di nilai dalam diri seorang gadis itu sebelum daranya seperti perangainya, pergaulannya, dan ciri-ciri lain untuk di jadikan calon menantu. Kadangkala, janda itu lebih baik servisnya dari dara yang masih mentah dan banyak lagi perlu belajar. Menyebut mengenai dara ini, banyak yang perlu di olah. Berikut adalah pertikan mengenai dara dan ukuran kesucian seorang gadis.

ISU selaput dara sebenarnya isu lama yang masih dipertikai dan dipersoalkan. Istilah anak dara digunakan untuk menjelaskan status kesucian seseorang wanita, yang belum pernah dinodai atau belum pernah melakukan persetubuhan. Sama juga dengan istilah anak teruna – gelaran ini dirujuk kepada lelaki baligh yang masih belum melakukan persetubuhan.

Situasi menjadi rumit apabila isi atau tisu yang menyelaputi pembukaan faraj digunakan sebagai asas kedaraan seseorang wanita. Ia tidak tepat sama sekali. Mungkin keterangan yang diberi akan dapat membuka minda mereka yang masih mempunyai anggapan kuno mengenai dara atau tidaknya seseorang wanita.

Jika wanita itu ada selaput dara dan ia tebal dan padat, kemungkinan terkoyak boleh berlaku jika benda panjang dan keras menembusi faraj. Jika zakar yang menembusinya maka wanita itu kehilangan status atau kedudukan daranya.

Jika benda lain yang mengoyakkannya maka wanita itu masih anak dara, kerana belum disetubuhi. Jika selaput dara itu tipis ia kemungkinan terkoyak ketika wanita itu melakukan aktiviti lasak. Dia masih anak dara lagi kerana belum bersetubuh.

Jika wanita itu dilahirkan tanpa selaput dara, dia masih anak dara jika dia belum lagi bersetubuh. Jika wanita mempunyai selaput dara yang elastik dan selaput itu masih kekal walaupun telah bersetubuh, dia masih mempunyai selaput dara tapi dia bukan anak dara lagi kerana telah bersetubuh.

Jika wanita itu mempunyai selaput dara yang komplet atau menutupi pembukaan faraj dan doktor terpaksa membedah dan membuang selaput itu, dia masih anak dara walaupun selaput daranya telah dibedah dan dibuang, kerana dia belum melakukan persetubuhan. Sama dengan wanita yang memasukkan jarinya ke dalam permukaan faraj, kemungkinan selaput dara terkoyak boleh berlaku dan selaput dara telah tiada tetapi dia masih anak dara kerana belum bersetubuh.

Wanita yang mempunyai faraj yang sempit tidak semestinya anak dara, sama juga wanita yang mempunyai faraj yang luas, masih anak dara jika dia belum pernah melakukan persetubuhan..=)

Wednesday, February 16, 2011

Tazkirah,,

* Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud :

Ada 4 dipandang sebagai ibu iaitu :

1) Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN.
2) Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERCAKAP.
3) Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA.
4) Ibu dari segala CITA-CITA adalah SABAR.


* Berpesan-pesanlah kepada kebenaran * kesabaran..Beberapa kata renungan dari al-Quran :
Orang yg tidak melakukan solat pada waktu :-

Subuh : Dijauhkan cahaya muka yg bersinar
Zuhur : Tidak diberikan berkah dlm rezekinya
Asar : Dijauhkan dari kesihatan / kekuatan
Maghrib : Tidak diberi bantuan oleh anak-anaknya
Isyak : Dijauhkan kedamaian dlm tidurnya

Al-Quran : Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan...=)

7 Kalimat Untuk Diamalkan,,

Barang siapa hafal 7 kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah & Malaikat serta diampuni dosa2nya walaupun seluas laut..Amalkan selalu supaya menjadi kebiasaan & menjadi rutin harian..


  1. Menyebut Bismillah pada tiap2 hendak melakukan sesuatu.
  2. Menyebut Alhamdulillah pada tiap2 selesai melakukan sesutu.
  3. Menyebut Astaghfirullah jika lidah terselip perkataan yg tidak patut.
  4. Menyebut Insyaallah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.
  5. Menyebut La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu xdisukai & xdiingini.
  6. Menyebut Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi & menerima musibah.
  7. Menyebut La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang & malam sehingga xterpisah dari lidahnya.

Friday, February 4, 2011

5 Februari 2011

assalamualaikum,,

hai sume,,bertemu kembali kita di tahun baru..haha..erm,,bulan ke-2 di tahun 2011 ni mesti byk cite2 yg bez kn s'pnjg s'thn xupdate..xpe2,,memandangkan sy da tau serba sedikit ttg blog ni..s0,,pasni blh la sy update selalu kn..haha..hari ni xde ape sgt nk story kot,,juz nk share mud jek..

kelmarin sy g kenduri kawen member mase sekolah tahap dulu kt sg.retang..dlm p'jalanan nk g tu,,mmg da selsema da tp bile smpi sne je mkn trok selsema sy..haha..blek je umah tros tdo smpi la tghari smlm,,ptg tu ok da blh da g jln2 pasar mlm..kre2 mcm demam jgk la smlm,,hari ini b'ansur chat da..alhamdulillah kpd sume yg tlh memberi support kpd sy..=)

erm,,nothing 2 do 2day..abah ajak g kenduri ni tp xnk la,,sy blm btl2 chat lg ni..lgpn baru je mkn nasi lemak pg td,,lewat jgk la breakfast kn?..hehe..k la,,nk edit blog mane2 yg ptt lak ni bg cantek..hehe..=)

thanxs kpd sume follower2 sy..hihi..=)

Tuesday, February 16, 2010

,,1st time,,

assalamualaikum,,haha..ni hari 1st i launching my blog,,kalo mane t'kurang tu mintak ampun la ek,,i ni xtau sgt bab2 ni cm gatal tgn nk try test,,huhu..erm,,xde ape kot nk cite hari ni cm nk bgtau la kn kdg2 i xdpt gak nk upd8 selalu b'coz i'm a very bz2 women,,so,,kalo ade kesempatan tu i upd8 la ek,,hehe..